Wednesday, 10 August 2011

17.5 Juta Pengguna Internet dan 34 Juta Pengguna Telefon Bimbit Di Malaysia 2011


KUCHING, 30 Jun (Bernama) — Sebanyak 1,000 menara telekomunikasi telah dan sedang dibina di seluruh negara pada tahun ini untuk meningkatkan kadar purata penembusan jalur lebar isi rumah negara ini.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Khalid Ramli berkata purata penembusan jalur lebar isi rumah seluruh negara mencecah 60 peratus dan telah mencapai sasaran negara pada tahun ini.
” Namun begitu, pelbagai daya usaha gigih telah dan sedang dilaksanakan, termasuk membina menara telekomunikasi, 3,000 kampung jalinan tanpa wayar atau “Kampung Wifi”, agihan sejuta komputer netbook, skim latihan berkomunikasi secara berhemah dan pelbagai lagi,” katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran u-Pustaka oleh Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah yang mewakili Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Pustaka Negeri Sarawak di sini.
Teks ucapan Khalid dibacakan oleh Ketua Pegawai Strategi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi.
34 Juta Pengguna Telefon Bimbit Di Malaysia 2011
Khalid berkata pengguna Internet di seluruh negara telah mencecah 17.5 juta orang sementara pengguna telefon bimbit melebihi 34 juta orang.
Khalid berkata SKMM mensasar untuk mencapai kadar purata penembusan jalur lebar isi rumah sebanyak 50 peratus di Sarawak menjelang akhir tahun ini.
Beliau berkata kadar purata penembusan jalur lebar isi rumah di Sarawak ialah 41.2 peratus.
Bernama

No comments:

Post a Comment