YMB EMR Shield is genuine and certified by Korea Far Infrared Association (KFIA) (KFIM-422) (KFI-799) and California Institute of Electronics and Materials Science (CIEMS) (No. 1290721540)
KLIK PADA GAMBAR UNTUK MELIHAT LEBIH DEKAT
APA ITU RADIASI?
Radiasi merupakan satu bentuk tenaga yang terhasil daripada proses manipulasi struktur atom. Proses dimana tenaga disalurkan melalui partikel udara. Kadar pendedahan radiasi diukur dengan skala microsieverts atau millisieverts. Radiasi berpunca daripada sumber tenaga semulajadi (matahari) serta hasil daripada teknologi industri seperti reaktor nuklear, ketuhar gelombang mikro, antena radio, mesin x-ray, pengimbas lapangan terbang, mammograms (dan sebagainya). Radiasi wujud pada segenap unsur bumi sama ada udara, tanah, di rumah, pada makanan dan sebagainya. Setiap individu terdedah kepada radiasi dalam anggaran tiga skala millisieverts setahun, hasil dari radiasi matahari, aplikasi teknologi dan prosedur kesihatan. Namun, kesannya dapat dicegah dengan kekuatan sistem badan. Pendedahan radiasi tahap kecil tidak mendatangkan kemudaratan kepada sistem biologi manusia.
BAGAIMANAKAH RADIASI BERTINDAK?
Apabila sel tubuh manusia terdedah kepada radiasi, komponen DNA dan kandungan protein yang kritikal akan berpecah kepada ion, menyebabkan elektron yang menyokong sel DNA musnah dan protein mulai rapuh.
Badan manusia yang sihat akan menghasilkan antibodi yang cukup untuk melawan kesan radiasi yang rendah. Walaubagaimanapun sekiranya manusia terdedah kepada kesan radiasi tahap tinggi, ia mampu melumpuhkan imunisasi sel seterusnya gagal untuk melawan kesan radiasi.
Kesan sampingan radiasi ini bukan sahaja terhad kepada manusia sahaja tetapi juga boleh memberi kesan terhadap haiwan serta tumbuhan.
Radiasi boleh membawa mudarat kepada kesihatan manusia melalui pendedahan pada organ-organ berikut;
CARA RADIASI MEREBAK
Radiasi boleh dibawa melalui udara (airborne) maka ianya boleh memudaratkan sekiranya disedut ke dalam paru-paru semasa pernafasan. Selain itu, ianya juga boleh memasuki sistem tubuh melalui makanan dan minuman yang telah dicemari kesan radiasi.
SIMPTOM-SIMPTOM TERKENA KESAN RADIASI
| 1. | Pening kepala dan muntah diiringi cirit birit dan demam. |
| 2. | Sekiranya kesan radiasi di tahap tinggi, ianya akan menggangu sistem saraf badan seperti lumpuh tiba-tiba atau sawan. |
| 3. | Pendedahan berpanjangan akan menyebabkan system imuniti badan menjadi lemah membawa kepada demam panas, pening kepala dan cirit birit yang teruk. |
| 4. | Pendedahan radiasi pada tahap yang tinggi akan membawa maut dalam tempoh yang singkat manakala pendedahan pada skala rendah dapat diselamatkan dengan rawatan intensif. |




No comments:
Post a Comment